Gadis 22 Tahun menjalani 30 pembedahan plastik untuk menawan hati kekasihnya

Seorang gadis berusia 22 tahun dari Hong Kong sanggup menjalani sebanyak 30 pembedahan plastik untuk menawan hati kekasihnya.

Gadis tersebut, Berry Ng mula melakukan pembedahan plastik seawal usia 17 tahun kerana mahu kelihatan seperti supermodel barat. Namun dia kini menyesali dengan tindakannya itu.

Berry juga mendakwa, dia mula ketagih terhadap pembedahan plastik apabila terlihat pusat kecantikan yang menawarkan pakej pelajar pada harga berpatutan iaitu sekitar HKD799 (RM415) untuk tiga suntikan.

Selepas cubaan pertama, pekerja pusat kecantikan tersebut memujuknya untuk membeli pakej yang lebih mahal iaitu sekitar HKD17,000 (RM8,847).

Namun, mimpi Berry bermula apabila dia jatuh cinta dengan lelaki yang tua sembilan tahun daripadanya dan teman lelaki itu suka menghina wajahnya serta membandingkan kecantikannya dengan wanita lain.

Tidak tahan dengan hinaan tersebut, Berry nekad untuk jalani 30 pembedahan plastik dalam tempoh enam bulan antaranya suntikan di dahi, kelopak mata, hidung, bibir dan dagu.

Hello 我世界已被E.T完全入侵

Sebuah kiriman dibagikan oleh @ her_name_is_berry pada

“Jika dia (teman lelaki) katakan ‘saya cantik’ walaupun sekali, saya akan berhenti,” katanya kepada China Press.

Comments